Wednesday, August 12, 2015

Dedicated to my best friend for life

Assalamualaikum.

This post is dedicated to my best friend, Norashikin binti Johari. Post ini mungkin agak panjang, so harap anda mencari waktu yang betul2 free untuk habiskan pembacaan ini. Amaran keras, DILARANG BACA BERSAMA SUAMI ANDA dan PASTIKAN BACA SETIAP PERKATAAN SAMPAI HABIS. hahaha.

Ekin. You are now a wife to a person. Segala-gala pasal awak sekarang terletak dibahu suami awak. Hormatilah suami awak sepertimana awak menghormati ibu bapa awak. Sayangilah suami awak macam mana awak sayang family awak. Support suami awak setiap masa, masa jatuh dia, masa sedih dia. Selain family, dia cuma ada awak yang paling dekat dengan dia. Ceriakan hidup dia selalu. Doakan yang baik-baik untuk suami awak setiap masa. Because he is your husband and your best friend. Haha. Saya dah lama terima hakikat that my best friend will have another best friend, which is her husband. yes. Treat your husband as your best friend. Baru boleh nyanyi lagu "Lucky I'm in love with my best friend....". Kah!. I know you love him so much. Do keep loving him till the end.

Sejujurnya, saya nak ceritakan semuanya disini. Saya tahu saya tak mampu nak luahkan semua face-to-face dengan awak, atas faktor MASA dan EGO saya sendiri. huhu. okay. Sejujurnya, masa awak mesej saya maklumkan yang awak dah putus dengan lelaki itu, saya kecewa. Saya akui, saya ada bertanya sendiri dengan dia reason korang putus, dan reason tu buat saya lagi kecewa. Tapi, ini soal hati dan perasaan kan. Siapalah saya nak tentukan dengan siapa sepatutnya awak bercinta. Itu hak awak. haha. Pastu, bila awak bagitahu yang awak nak bertunang dengan your husband, I am not happy with that news. Sungguh! Jahatkan saya sebab ada rasa itu. Mungkin sebab saya tidak mengenali your husband secara keseluruhannya lagi. Busuknya hati seorang acik cuma nampak the dark side orang je. hm. I am Sorry. But still, saya ikhlaskan hati datang ke majlis pertunangan awak because it's your HAPPY DAY. Saya selaku best friend awak mestilah kena datang sama-sama meraikan hari bahagia awak. Saya tahu awak bahagia sangat waktu tu. yelah. Siapa je tak happy bila dapat ikat dengan orang yang kita suka kan. meh belanja gambar siket.

by looking at your smile, i know you are so happy that day :) oh btw, gambar2 banyak terpadam. cedih. nasib baik ada ehsan dari insta saya. jangan lupa follow! haha. okay. saya pun happy bila tengok awak happy. 

Ekin. apa yang saya perasan lepas tu saya macam dingin dengan awak. i mean, saya langsung tak ambek kisah pasal awak. tak tahu lah apa yang saya sakit hati sangat masa tu. Mungkin saya still tak dapat terima kenyataan yang kawan baik saya ni, dah bertunang. Rasa macam kita masih budak2 lagi je. Tapi saya tahu, saya memang tak boleh lari jauh dari awak. Sakit hati macam mana pun saya kat awak, time cuti carik awak jugak. haha. emm. bila fikir balik, tak patut saya buat awak macam tu. Sejak sekolah kita stick together, kenapa setiap perubahan awak saya tak boleh terima kan? Jadi saya decide untuk perlahan-lahan terima dan redha dengan setiap pilihan awak. I know I am a bad friend. Very bad one. Tipu laa kalau sepanjang saya jauh dari awak saya tak pernah rindu awak. Kat UPM tu, adakala masa saya tengah down, saya menangis sendiri. Even roomate saya tak pernah tengok saya menangis. Kadang-kadang tu nak je saya call awak, cerita semua masalah saya. Tapi biasalah, seorang Acik dan EGO nya berpisah tiada. So, saya just pujuk diri sendiri. Memang la kawan-kawan saya ramai kat UPM tu. But none of them yang sama dengan awak.

Ekin. I am sorry for all the wrong-doing i did towards you. Sorry sebab pernah TERburuk sangka. Sorry sebab tak selalu contact awak. Sorry sebab buat awak terasing dari hidup saya. Sorry sebab pernah tersakit hati dekat awak. Lepas berbulan-bulan kita tak bersua muka, barulah saya sedar yang sebenarnya SAYA RINDU SANGAT KAT AWAK. Sungguh! Saya sedar, saya kena hormat keputusan awak. Saya kena support setiap pilihan yang awak buat dalam hidup awak. Percayalah. Sekarang ni, saya cuma doakan awak sentiasa happy dengan setiap pilihan awak. Dengan siapa awak nak berkahwin, dengan siapa awak nak berkawan, awak nak buat apa. Saya kena support cuz you are my BEST FRIEND!

Ekin. Ingat lagi tak saya pernah citer pasal first impression saya masa mula-mula kenal awak? Tak ingat> meh saya ingatkan. Ingat tak masa form 1 awak transfer masuk kelas KAA pastu dapat duduk belakang saya pulak tu. Sungguh first impression saya pada awak masa tu ialah awak ni BELAGAK. yer. kejam kan saya. belum kenal dah fikir bukan-bukan. Entah. masa tu tak suka kat awak. dah lah kepoh. haha. but at the end, kita jadik kawan. kawan baik pulak tu. berkepit je setiap masa sampai cikgu-cikgu panggil kita kembar. HAHA. 


cannot describe how close we are during school life. Saya bersyukur dapat partner dengan awak yang perangai lebih kurang saya je. dah la dulu suka kutuk orang sama-sama. haha. ingat tak masa saya bergaduh besar dengan pangkah bukan nama sebenar tu. masa tu saya down sangat kot. tapi awak tak pernah jauh dari saya. even si budak tu ada jugak cakap macam2 yg buruk pasal saya kat awak. Saya tahu awak takkan tinggalkan saya sorang-sorang. sebab tu saya masih happy walaupun sebenarnye sedih gaduh ngan budak tu. 

you know every guy that I like. hiks. dah. yang dulu abaikan je. segala mak nenek perasaan suka tu dah takde dah. haha. 

Ekin. awak tahu tak awak ni cantik tau. sebab tu ramai suka awak. ramai nak kawan dengan awak. Dulu sape je yang tak pernah suka awak. Mr 13 aka Mirul pun pernah hantar surat kat awak. (HAHAHA), remy pernah suka kat awak, at the same time si husband awak pun tengah nak ejas awak jugak kan. HAHA. pastu masuk GIATMARA pun ramai peminat. Siap ada yang sampai bergaduh sebab rebutkan awak. masihkan anda ingat dengan lelaki bernama LEMAN? HAHA. okay. compare to me, yang comot momot sememeh sepanjang masa. I dont understand why such a pretty girl like you still want to be my friend. Kalau bergambar berdua, terserlah perbezaan kita. haha. But I AM PROUD with myself. hiks. 

tengok ni. selekeh tak selekeh lah saya dulu. tapi awak steady je bergambar dengan budak selekeh tu. haha.

Ekin. Terima kasih untuk segala kenangan sepanjang zaman sekolah kita. main hoki sama-sama. dalam kelas duduk berdua. mana-mana pergi berdua. kutuk orang sama-sama. gelakkan orang sama-sama. nyanyi sama-sama. Saya rindu zaman kita buat semua benda sama-sama. But that time will never return, right? ehe. rindu nak naik moto dengan awak. tapi sekarang dah upgrade siket naik kete. hiks.

pastu masuk kmj, our friendship diuji lagi bila kita terpisah blok dan berlainan aliran. pelik kan. molek je bilik saya, dayah n ain dekat2 tapi awak jauh gila.blok C kot.tu tandanya apa? Tanda ALLAH nak tengok sejauh mana kita berdua hold on to our friendship dalam sebarang keadaan pon. masa mula-mula nak adapt dengan life kmj, masa tu ada event apa ntah kat DSL, lecturer2 nyanyi lagu COUNT ON ME yang bruno mars nyanyi tu. masa tu tak tahu pun pasal lagu tu, pastu diorang papar lirik kat depan, saya hayati lirik tu, saya sebak kot. saya teringat kat awak. kita dekat, tapi kita sangat "jauh" masa tu. awak ada komunit kawan-kawan awak sendiri. saya pun sama. Saya rasa saya banyak spend time dengan dayah dan ain berbanding awak dekat KMJ dulu. tapi kita still ada masa untuk spend masa sama-sama kan dulu. tak banyak, sikit pon jadiklaa. tipulaa kalau saya tak jeles bila awak rapat ngan rumet2 kmj awak dulu. tapi, nak jeles2 pon, saya pon ada rumet saya sendiri. HAHA. jeles tak bertempat. 

ni masa lepas turun dari bas, nak balik rumah. cuti masa ni. tudung tu, saya ingat. awak bagi saya. one of my favourite tudung. saya simpan lagi tudung tu. saya selalu pakai kat UPM. cuma tak selfie je. hiks.




Ekin.
I may not good enough to be your best friend. But you know,  you are always the number one in my friend list. Saya mungkin tak selalu ada dengan awak, dengar masalah awak, hiburkan awak time awak sedih. tolong awak bila awak tengah susah. I am not a good friend. I am SORRY sebab tak dapat jadik kawan yang baik untuk awak. But i always put the efforts to be the best for you. Cuma, mungkin, belum cukup the best. sebab tu awak taknak kawen dengan saya. hihihihi. you are my best friend and always be. I love you for who you are. Dulu dan selamanya. Insha ALLAH.

Ekin, 
Post ni saya dedicated kan khas untuk pengantin baru ni bukan sebab nak sedih-sedih, macam dah tak jumpa lagi dah lepas ni. Saya cuma nak ingat balik kenangan kita sama-sama. Kenangan awak dan saya, masa awak masih anak dara. hiks. For now, awak dah ada best friend baru. Your husband. I don't know much about him, but I am pretty sure that he is a kind man. I know he could love you like I do, even more than I can loving you. I hope that he will make you happy, even happier than now.

I am sorry sebab tak dapat tengok awak nikah secara live. tak dapat sama-sama celebrate hari awak jadik bini orang. well. this is unexpected planning kan. kita rancang, Allah yang tentukan. Mungkin Allah nak tengok tabah ke tak seorang acik yang tak dapat tengok kawan baik sendiri nikah atas sebab urusan kerja dan tanggungjawab kat kolej. 

Ekin.
Saya harap awak faham untuk kali ini. yer. saya memang sibuk memanjang. Saya yang pilih jalan ni. Saya yang pilih untuk pikul tanggungjawab ini, amanah ini untuk berbakti terhadap kolej. bila saya dah pilih jalan ni, saya kena redha dengan setiap pengorbanan yang saya kena buat. termasuklah majlis pernikahan awak. tapi saya akan make sure, walimah awak nanti saya datang. insha ALLAH. 

Ekin. you are now a wife, at the same time a student. and soon, you will be a mother. tak kisah lah apa pun status awak lepas ni, bear in your mind that you have me as your friend. Saya tetap setia jadik kawan awak, tak kisah la apa pun keadaan kita lepas ni. I DONT WANNA LOSE YOU. biarlah ramai taknak jadik kawan saya dah sekarang, yang penting awak jangan lari dari saya, kay. Bila-bila awak perlukan saya, carik je saya. wassep, call. saya ada je untuk awak. Takpayah fikir la saya busy ke ape ke. saya ni tak lah hebat mana nak bekerja 24 hours, nak belajar sepanjang masa. Carik je saya, saya tak lari kemana pon. 

Ekin. ALL THE BEST for your new life.

I LOVE YOU, PUAN NORASHIKIN BINTI JOHARI. nanti dah ada isi dalam perut tu, make sure saya antara orang first yang kena tahu dulu taw. HAHAHA. 

dan cakap ngan husband awak tolong add saya kat FB. HAHA. Dah jadik suami kawan saya, bila nak berkawan dengan kawan-kawan isteri pulak. hiks

dan doakan saya dipertemukan jodoh dengan orang yang betul pada waktu yang tepat. hiks. okay bai. nah saya belanja gambar kita lagi.

dan lagi satu. ni paling penting. Tolong rahsiakan link blog saya ni. so far, awak dan saya je yang tahu. Saya taknak orang lain tahu. maluuuu 

by the way, the green shawl yang saya bagi tu saya jahit sendiri taww. maaf ler kalau tak kemas or tak lawa. titeww masih belajar, hewhewhew






selamanya insha Allah